awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu imigresen jadi topik utama kempen pilihan raya di Jepun

Bernama
Bernama
08/07/2025
21:50 MYT
Isu imigresen jadi topik utama kempen pilihan raya di Jepun
Ishiba (tengah) ketika mengambil bahagian dalam debat antara pemimpin bersama calon pilihan raya dari parti politik lain di Kelab Akhbar Nasional Jepun di Tokyo, 2 Julai 2025. (Foto AP)
TOKYO: Isu imigresen buat kali pertama menjadi satu daripada topik paling penting dalam kempen pilihan raya di Jepun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Parti populis berhaluan kanan yang lebih kecil menimbulkan sentimen menentang pekerja migran menjelang Pilihan Raya Dewan Atasan yang dijadual berlangsung pada 20 Julai.
Kerajaan Perdana Menteri Shigeru Ishiba juga turut memberi tumpuan kepada isu ini, dengan Ishiba mengumumkan yang satu pasukan Kabinet akan bermesyuarat minggu hadapan untuk menangani cabaran berkaitan penduduk asing, menurut jurucakap kerajaan pada Selasa.
"Menjayakan sebuah masyarakat yang teratur termasuk penduduk asing adalah antara tugas politik paling penting yang perlu dihadapi oleh kerajaan," kata jurucakap itu yang dipetik oleh agensi berita Kyodo.
Menurut tinjauan terkini, kerajaan minoriti yang diterajui oleh Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Ishiba bersama parti kecil Komeito kini berisiko kehilangan majoriti di Dewan Atasan.
Keputusan pilihan raya yang lemah boleh menyebabkan tekanan terhadap Ishiba selaku pemimpin parti dan kerajaan dalam LDP.
Di Jepun, yang berbangga dengan masyarakatnya yang seragam, hanya tiga peratus daripada 124 juta penduduk adalah warga asing.
Namun begitu, akibat kekurangan tenaga kerja yang berpunca daripada penuaan populasi, bilangan warga asing meningkat dengan ketara.
Tahun lepas, jumlah itu meningkat sebanyak 10.5 peratus kepada rekod kira-kira 3.8 juta orang.
Selain itu, Jepun turut menyaksikan lonjakan ketibaan pelancong asing.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Jepun
#pilihan raya
#Imigresen
#pekerja migran
#Pelancong asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan