awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria

Bernama
Bernama
30/10/2022
02:45 MYT
Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria
Aboul-Gheit menyeru agar langkah dan strategi konkrit diguna pakai bagi mencapai dan meningkatkan keselamatan makanan di rantau Arab. - Gambar fail REUTERS
ALGIERS: Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit pada Sabtu berkata isu Palestin dan keselamatan makanan akan menjadi agenda utama ketika Sidang Kemuncak Liga Arab yang dijadual berlangsung pada 1 dan 2 Nov lapor Xinhua.
Dalam ucapan pembukaan pada prosiding persediaan mesyuarat Menteri-menteri Luar bagi Sidang Kemuncak Liga Arab, Aboul-Gheit menggesa Palestin melaksanakan Deklarasi Algiers yang ditandatangani dua minggu lalu di Algiers dalam usaha mencapai perdamaian sebenar.
Beliau berkata sidang kemuncak Liga Arab di Algiers sepatutnya menjadi peristiwa penting bagi kerjasama antara rantau Arab yang serba baharu.
Memandangkan agenda utama sidang kemuncak itu termasuk perbincangan menangani krisis makanan global dan serantau, Aboul-Gheit menyeru agar langkah dan strategi konkrit diguna pakai bagi mencapai dan meningkatkan keselamatan makanan di rantau Arab.
Algeria pada Sabtu mengambil alih jawatan presiden Majlis Menteri-menteri Luar Arab dari Tunisia sebagai persediaan bagi Sidang Kemuncak Liga Arab yang bakal berlangsung di Algiers pada 1 dan 2 Nov.
Menteri Luar Tunisia Othman Jerandi secara simbolik menyerahkan jawatan presiden Majlis Menteri-menteri Luar Arab kepada rakan sejawatannya dari Algeria Ramtane Lamamra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat Liga Arab
#Palestin
#Algeria
#Ahmed Aboul-Gheit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan