Isu persempadan maritim, Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia serta kerjasama bahasa dan budaya antara dua buah negara adalah perkara yang akan dibincangkan dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla di sini pada Rabu ini.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim berkata perbincangan isu itu sebagai tindakan susulan pertemuan antara Presiden Indonesia Joko Widodo dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Malaysia pada Februari lepas.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, Muhyidddin juga akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rashid Baswedan serta Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia Muhammad Nasir.
Katanya, bagi isu pendidikan, antara perkara yang dijangka menjadi perbincangan ialah mengenai kebenaran mendirikan sekolah Indonesia untuk anak-anak pekerja Indonesia khususnya di Sarawak.
Pada masa ini, terdapat 50 buah sekolah Indonesia di Sabah dan kerajaan negeri Sarawak telah memberi persetujuan supaya diwujudkan sekolah seumpama itu di negeri berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri dijadual melakukan lawatan kerja di Jakarta selama tiga hari mulai esok.
Sejurus tiba pada petang Selasa, beliau akan menghadiri majlis makan malam bersama 400 rakyat Malaysia di Jakarta di Hotel Grand Hyatt Jakarta.
Beliau kemudiannya dijangka membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo sebelum bertemu dengan Jusuf Kalla dan menyertai majlis makan tengah hari bersama Naib Presiden Indonesia itu.
Pada sebelah malamnya beliau akan bertemu dengan ahli-ahli perniagaan Malaysia anjuran Kamar Dagang dan Industri (Kadin) di Jakarta.
Pada Khamis, Muhyiddin dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis Muzakarah Ulama dan Pendakwah Malaysia-Indonesia.
Muzakarah bertemakan 'Kesepakatan Ummah Malaysia-Indonesia Dalam Menangani Gejala Ekstremisme' itu akan dihadiri 60 orang ulama dari kedua-dua buah negara.
Dua pembentang kertas kerja pada muzakarah itu ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri dan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia Prof Dr Din Syamsuddin.
Pada sebelah petang hari terakhir lawatannya itu, beliau dijadual menghadiri perjumpaan dengan Ketua-ketua Pengarang Media Indonesia anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Bernama
Tue Apr 07 2015
Isu persempadan maritim, Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia serta kerjasama bahasa dan budaya antara dua buah negara bakal dibincangkan dalam satu pertemuan Muhyiddin-Jusuf.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
PM Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla, bincang isu Palestin
Anwar dan Dr Wan Azizah menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, pada malam Khamis.
Wan Azizah, Jusuf Kalla bincang isu kepentingan bersama
Pertemuan itu yang berlangsung selama 30 minit di hotel penginapan mereka di sini, antara lain membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin.
Dr Wan Azizah tiba di Geneva untuk lawatan kerja tiga hari
Dr Wan Azizah dijadual menyampaikan ucaptama pada dua sesi utama persidangan GPDRR yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG), pada Rabu.
Plot 2014 kembali berulang di Pilpres 2019
Dalam pidato di hadapan penyokongnya, Prabowo sekali lagi 'mengumumkan' beliau dan gandingannya, Sandiaga Uno mengungguli Pilpres 2019.
Angka korban insiden banjir, tanah runtuh di Indonesia cecah 68 orang
Sekurang-kurangnya 47 orang cedera manakala tujuh lagi masih hilang di Pulau Sulawesi yang dilanda bencana, kata Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional.
Indonesia jamin permudah permohonan visa sementara pelajar Malaysia
Kerajaan Indonesia memberi jaminan akan mempermudahkan permohonan visa sementara bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan A
Angka kematian susulan tsunami di Indonesia terus meningkat
Puluhan mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan sebuah hotel di Palu yang dilanda ombak setinggi enam meter.
'Selamat tinggal Jakarta-Palembang...jumpa di Hangzhou 2022!'
Lebih 60,000 penonton di stadium dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta nyanyian oleh artis-artis terkenal Indonesia serta persembahan kumpulan K-pop dari Korea Selatan.
Jokowi, Jusuf Kalla lawat Susilo Bambang
Presiden Joko Widodo atau Jokowi, pagi tadi melawat pendahulunya, Susilo Bambang Yudhoyono yang dimasukkan ke Hospital Tentera Gatot Subroto (RSPAD) di Jakarta.
Siapa pun lawannya, Jokowi dijangka kekal presiden Indonesia
Antara yang dijangka menentang Jokowi termasuk seteru lamanya Prabowo Subianto, Agus Harimurti Yudhoyono, Anies Baswedan dan Gatot Nurmantyo.