awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali catat jumlah kematian tertinggi kanser mesothelioma di EU

Bernama
Bernama
26/09/2024
14:40 MYT
Itali catat jumlah kematian tertinggi kanser mesothelioma di EU
Itali telah menyaksikan beberapa kes mahkamah berhubung kematian pekerja kilang berkaitan asbestos dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar hiasan/Reuters
ROME: Itali mempunyai jumlah kematian tertinggi di Kesatuan Eropah (EU) akibat mesothelioma, sejenis kanser yang dikaitkan dengan pendedahan asbestos, menurut angka 2021 yang dikeluarkan oleh Eurostat pada Khamis.
Agensi Berita Itali ANSA melaporkan bahawa pada 2021, EU merekodkan 2,380 kematian yang boleh dicegah akibat mesothelioma, yang berkembang pada lapisan nipis tisu yang meliputi banyak organ dalaman, yang dikenali sebagai mesothelium.
Gejala mesothelioma cenderung berkembang secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.
Ia biasanya tidak muncul sehingga beberapa dekad selepas terdedah kepada asbestos.
Jumlah kematian telah menurun secara berterusan sejak 2013, apabila ia berjumlah 3,341 (-961 kematian).
Di seluruh negara itu, Itali mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat mesothelioma (518), diikuti Jerman (400) dan Perancis (329).
Jumlah terendah adalah di Cyprus dan Estonia (2).
Itali telah menyaksikan beberapa kes mahkamah berhubung kematian pekerja kilang berkaitan asbestos dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#mesothelioma
#kanser
#anghka kematian
#kesihatan
#asbestos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan