awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabing gagal dalam usaha saat akhir 24 jam sebelum hukuman gantung

Bernama
Bernama
19/05/2016
12:05 MYT
Jabing gagal dalam usaha saat akhir 24 jam sebelum hukuman gantung
Jabing, 31 dihukum gantung pada 2010 selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga China dalam cubaan merompak di Geyland Drive Singapura. - Gambar fail
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan anak kelahiran Sarawak, Jabing Kho untuk mencabar penghakiman dalam usaha saat akhir mengelak hukuman mati yang dijadual esok.
Prosiding bagi pemohonan mencabar penghakiman terhadap hukuman gantung atas kesalahan membunuh didengar di hadapan panel dianggotai oleh Hakim Chao Hick Tin, Andrew Phang, Woo Bih Li, Lee Seiu Kin dan Chan Seng Onn.
Peguam Jabing, Gino Hardial Singh memfailkan permohonan itu atas alasan penghakiman itu berat sebelah berikutan Hakim Pang turut terbabit dalam kes rayuan Jabing pada 2010 dan 2013.
Pada akhir prosiding di sebelah petang, mahkamah itu dimaklumkan bahawa keluarga Jabing pada sebelah pagi telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Agung.
Sehingga berita ini ditulis, peguam Jeanette Chong-Aruldoss, yang bertindak bagi keluarga Jabing, masih mengadakan pertemuan dengan hakim dalam kamar.
Minggu lepas, keluarga Jabing telah menerima surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang memaklumkan Jabing akan menjalani hukuman gantung, esok.
Berasal dari Ulu Baram, Sarawak, Jabing, 31 dihukum gantung pada 2010 selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga China dalam cubaan merompak di Geyland Drive di sini pada 2008.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama dengan seorang rakan senegerinya, Galing anak Kujat.
Bagaimanapun, Jabing berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan hukuman itu pada 2013 susulan kajian semula undang-undang mati mandatori di Singapura.
Dia kemudian dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 24 sebatan.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya untuk mengembalikan hukuman mati terhadap Jabing pada Januari 2015.
Kemudian, Mahkamah Tinggi menolak rayuan terakhir Jabing pada 5 April lepas.
Topic Berkaitan
#bunuh warga China
#hukum gantung
#kelahiran Sarawak
#Kho Jabing
#Mahkamah Rayuan Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan