awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hampir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun

Agensi
Agensi
19/10/2021
16:03 MYT
Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi. - Reuters
PENGASAS Alibaba, Jack Ma berada di Eropah untuk beberapa siri pertemuan perniagaan, perjalanan pertamanya ke luar negara dalam tempoh lebih setahun.
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi lawatan berkaitan bidang pertanian dan teknologi serta isu-isu alam sekitar, lapor South China Morning Post.
Sebelum terbang ke Eropah, Ma berada di Hong Kong untuk menghabiskan masa bersama keluarganya, kata sumber kepada portal berkenaan.
Jurucakap Alibaba bagaimanapun enggan mengulas mengenai perjalanan Ma, dan memaklumkan beliau tidak lagi terlibat dalam operasi harian syarikat itu sejak bersara pada September 2019.
BACA: Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
China memulakan siasatan antimonopoli terhadap Alibaba pada Disember lalu, selepas dikatakan terbabit dengan amalan monopoli, kata Pentadbiran Negara bagi Peraturan Pasaran.
Sejak itu, Ma semakin jarang muncul di khalayak, sebaliknya hanya muncul dalam persidangan video dan mesyuarat penting.
Kali terakhir Ma muncul di khalayak ialah di pejabat Alibaba di Hangzhou pada Mei lalu, semasa hari terbuka tahunan syarikat bersama pekerja.
Awal bulan ini, beliau dilapor membuat kemunculan semula di Hong Kong untuk bertemu rakan-rakan perniagaannya.
Topic Berkaitan
#Jack Ma
#China
#Alibaba
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan