DUNIA
Jalan banjir, lebih 180 penerbangan tertunda akibat hujan lebat di Delhi

Dengan beberapa jejantas bawah tanah dan jalan utama ditenggelami air, pengguna jalan raya berdepan kelewatan yang panjang. - Gambar hiasan/ AP
NEW DELHI: Hujan lebat pada Sabtu melanda wilayah ibu negara India, Delhi, dan kawasan sekitarnya, menyebabkan banyak jalan dan kawasan dinaiki air selain menjejaskan pergerakan trafik, menurut pegawai, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Hujan lebat melanda Delhi dan kawasan sekitarnya menyebabkan banjir kilat di jalan utama serta gangguan trafik yang serius.
- Operasi penerbangan turut terjejas dengan lebih 180 penerbangan tertunda dan empat dibatalkan, serta amaran cuaca buruk dikeluarkan di beberapa kawasan.
- Pihak lapangan terbang dan syarikat penerbangan menasihatkan penumpang menyemak status penerbangan sebelum ke lapangan terbang.
Menurut laman penjejakan pesawat Flightradar, sekurang-kurangnya 182 pelepasan penerbangan di Lapangan Terbang Delhi telah tertunda. Sekurang-kurangnya 30 penerbangan yang tiba di Delhi juga mengalami kelewatan.
Pihak lapangan terbang Delhi dan beberapa syarikat penerbangan telah mengeluarkan nasihat kepada penumpang agar menyemak status penerbangan sebelum berangkat ke lapangan terbang.
Amaran hujan sangat lebat disertai kilat dan ribut petir telah dikeluarkan bagi kawasan termasuk Delhi Utara, Delhi Barat, Delhi Selatan, Delhi Tenggara dan Delhi Tengah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami