awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janda bakar lelaki selepas dirogol

Agensi
Agensi
07/03/2019
07:15 MYT
Janda bakar lelaki selepas dirogol
Seorang janda bertindak membakar lelaki yang merogolnya dalam satu kejadian di India.
SEORANG janda yang menjadi mangsa rogol bertindak berani dengan membakar suspek sehingga maut dalam satu kejadian di Kolkata, India pada Isnin.
Wanita tersebut menyimbah minyak tanah pada tubuh lelaki berkenaan sebelum membakarnya hidup-hidup.
Suspek dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala wanita berkenaan selamat biarpun mengalami kecederaan pada tangan dan mukanya.
Bercakap kepada polis, wanita itu memberitahu, suspek yang berusia 42 tahun menyerang dan memperkosanya di rumah semasa anaknya keluar.
“Wanita itu menyimbah minyak tanah ke tubuh suspek sebelum membakarnya,” kata jurucakap polis, Sajal Kanti Biswas.
India mempunyai rekod paling teruk berhubung kekerasan seksual dan lebih daripada 100 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari pada tahun 2016.
Biarpun suspek telah dibawa ke muka pengadilan, pihak berkuasa di negara itu didakwa melengahkan proses hukuman.
Sejak kebelakangan ini, beberapa kes jenayah dilaporkan melibatkan mangsa rogol yang bertindak mencederakan suspek.
Pada Disember lalu, seorang perempuan berusia 47 tahun memotong kemaluan suspek berumur 27 tahun kerana merogolnya.
Topic Berkaitan
#bakar
#India
#kalkuta
#minyak tanah
#polis
#rogol
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan