awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2022
23:50 MYT
Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi
Jane Fonda berkata barah ini boleh dirawat dan berasa sangat bertuah kerana memiliki insurans kesihatan serta mempunyai akses kepada doktor dan rawatan terbaik. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Aktivis dan pelakon veteran Jane Fonda mendedahkan beliau menghidap barah dan kini sedang menjalani rawatan kemoterapi.
Dalam catatan di akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 84 tahun itu memaklumkan beliau menghidap limfoma bukan Hodgkin (Non Hodgkin's Lymphoma).
Beliau berkata barah ini boleh dirawat dan berasa sangat bertuah kerana memiliki insurans kesihatan serta mempunyai akses kepada doktor dan rawatan terbaik.
Ikon Hollywood ini turut mengetengahkan keadaan sistem kesihatan di Amerika Syarikat dan berkata akan meneruskan usahanya dalam meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim.
"Saya sedar ia sangat menyakitkan namun saya bertuah dalam keadaan ini.
"Hampir setiap keluarga di Amerika Syarikat pernah mendepani penyakit barah dalam hidup mereka, namun tidak mempunyai akses kepada rawatan kesihatan berkualiti yang diberikan kepada saya, dan ini tidak harus berlaku," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Jane Fonda (@janefonda)
Limfoma bukan Hodgkin merupakan barah jarang berlaku di mana ia menyasarkan sistem limfatik iaitu sistem peredaran darah yang terdiri daripada rangkaian saluran dipanggil saluran limfa.
Fonda memberitahu beliau akan menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan dan ia tidak akan menjejaskan usaha dalam meningkat kesedaran tentang perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#jane fonda
#barah
#limfoma bukan Hodgkin
#kemoterapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan