Lebih daripada sejuta orang di Britain telah menandatangani petisyen agar kunjungan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke negara itu dibatalkan, bagi mengelak sebarang perkara yang boleh memalukan Ratu Elizabeth, lapor Reuters.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Theresa May dilihat cuba mengukuhkan hubungan dengan Washington memandangkan Britain masih dalam proses keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan itu secara jelas menunjukkan tiada sebarang perancangan untuk membatalkan kunjungan tersebut.
Pelawaan kunjungan rasmi yang bakal menyaksikan persiapan sambutan mewah dan bankuet diraja itu telah disampaikan oleh May sewaktu beliau melawat Trump di Washington minggu lalu.
May berdepan tekanan untuk membatalkan lawatan itu selepas Trump mengeluarkan arahan eksekutif menghalang kemasukan pelarian Syria ke AS, selain mengekang kedatangan dari tujuh negara majoriti Islam ke AS.
Arahan itu teleh mencetuskan protes di AS dan negara-negara lain.
Petisyen menentang kunjungan rasmi itu, yang disiarkan dalam laman web Parlimen British, telah melepasi sejuta orang pada Isnin. Walaupun petisyen itu mencetuskan mesyuarat tergempar, Parlimen tidak boleh memaksa pembatalan.
“Donald Trump boleh memasuki United Kingdom berdasarkan kapasiti sebagai ketua negara AS, namun dia tidak sepatutnya diundang untuk membuat lawatan rasmi ke sini kerana ia boleh memalukan Ratu Elizabeth,” kata petisyen itu.
Setiausaha Luar Negara Boris Johnson diminta menjelaskan di Parlimen berkenaan arahan eksekutif Trump, yang antara lain menyatakan bahawa pendekatan Presiden AS itu bukan sesuatu yang lazimnya akan dipraktikkan kerajaan British.
Johnson melihat arahan eksekutif Trump sebagai suatu yang penuh kontroversi, bersifat memisahkan dan mendiskriminasi.
Dari sudut lain bagaimanapun, Johnson berkata, kedatangan Trump sebagai sekutu terdekat Britain perlu disambut sewajarnya.
Agensi
Tue Jan 31 2017
Arahan eksekutif Trump dilihat sebagai suatu yang penuh kontroversi, bersifat memisahkan dan mendiskriminasi. - Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Tiada cadangan rasmi negara BRICS kurang bergantung kepada dolar AS - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi yang dipersetujui negara anggota BRICS bagi tujuan mengurangkan pergantungan kepada dolar AS setakat ini.
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.