awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PSG, Miami, Palmeiras, Botafogo layak ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab
DUNIA
'Jangan gugurkan bom!' - Trump beri amaran agar Israel hentikan serangan
DUNIA
Operasi penerbangan disambung semula di Qatar, Bahrain dan Kuwait
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

'Jangan ingkar!' - Trump sekali lagi umum gencatan senjata, gesa Israel dan Iran patuhi perjanjian

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2025
05:30 MYT
Sponsor Banner
'Jangan ingkar!' - Trump sekali lagi umum gencatan senjata, gesa Israel dan Iran patuhi perjanjian
TRUMP: Gencatan senjata kini berkuat kuasa. Jangan ingkarinya! Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mengumumkan bahawa gencatan senjata di antara Israel dan Iran kini berkuat kuasa.

Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran berkuat kuasa selepas konflik bersenjata selama 12 hari yang meragut ratusan nyawa.
  • Gencatan senjata dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan Iran menghentikan operasi selama 12 jam diikuti oleh Israel, dan jika dipatuhi sepenuhnya, perang akan diumumkan tamat.
  • Ketegangan masih wujud kerana Iran melancarkan serangan peluru berpandu beberapa jam sebelum pengumuman, manakala Israel belum mengesahkan persetujuan rasmi terhadap gencatan senjata tersebut.

Beliau turut menyeru kedua-dua pihak agar mematuhi perjanjian sepenuhnya bagi menamatkan konflik bersenjata yang telah meragut ratusan nyawa.
“Gencatan senjata kini berkuat kuasa. Jangan ingkarinya! Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat,” tulis Trump dalam kenyataan di platform Truth Social.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Iran dan Israel atas keberanian dan kebijaksanaan mereka dalam mencapai persetujuan tersebut.
Gencatan senjata ini merupakan lanjutan kepada perjanjian terdahulu yang diumum pada 23 Jun, yang memperincikan fasa pelaksanaan selama 24 jam – bermula dengan Iran menghentikan operasi ketenteraan selama 12 jam, diikuti oleh Israel.
Sekiranya dipatuhi, perang 12 hari itu akan diumumkan tamat secara rasmi.
Namun begitu, pelaksanaan gencatan senjata ini terus dibayangi ketegangan. Beberapa jam sebelum pengumuman Trump, Iran melancarkan peluru berpandu ke atas Israel, termasuk serangan di Beersheba yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang.
Following the missile fire towards Israel: As of 07:45, at the southern Israel site: 4 fatalities 2 moderately injured 20 minor injuries and anxiety. MDA teams are continuing search and rescue operations. Updates to follow pic.twitter.com/u5FJPWoveu
— Magen David Adom (@Mdais) June 24, 2025
Magen David Adom CEO Eli Bin announced that at the site of the direct missile hit in Beersheba, there are concerns that people may be trapped in three apartments with serious damage, where search efforts cannot yet be conducted. pic.twitter.com/A8GAZaszyr
— ILTV Israel News (@ILTVNews) June 24, 2025
Dalam perkembangan terbaharu, media kerajaan Iran, Press TV, melaporkan bahawa serangan keempat — yang didakwa sebagai serangan terakhir — telah dilancarkan sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.
“Gencatan senjata bermula susulan empat gelombang serangan Iran ke atas wilayah diduduki Israel,” menurut kenyataan rasmi di platform X.
Ceasefire begins following four waves of Iranian attacks on Israeli-occupied territoreis pic.twitter.com/FHrYMwY2Bk
— Press TV Breaking (@PTVBreaking1) June 24, 2025
Sementara itu, Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengesahkan persetujuan mereka dalam gencatan senjata baharu ini.
Beberapa pegawai kanan Israel sebelum ini menyatakan bahawa mereka bersedia untuk meneruskan operasi ketenteraan sekiranya Iran tidak menghentikan serangan.
Trump dilaporkan telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, secara langsung untuk memeterai perjanjian ini, manakala pegawai kanan White House berunding dengan wakil Iran melalui saluran diplomatik tidak rasmi.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Donald Trump
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami