awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan di Khyber Pakhtunkhwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad bekas Perdana Menteri Korea Utara dikebumi selepas 15 tahun kematiannya

Bernama
Bernama
17/09/2021
06:22 MYT
Jasad bekas Perdana Menteri Korea Utara dikebumi selepas 15 tahun kematiannya
Kang meninggal dunia pada 2007, tetapi tidak dikebumikan di tanah perkuburan berikutan spekulasi pembelotan menantunya Kang Myong Do pada Mei 1994.- Foto Agensi
SEOUL: Jasad bekas perdana menteri Korea Utara, Kang Song San akhirnya disemadikan di perkuburan Sinmiri, Pyongyang selepas 15 tahun kematiannya.
Kang menjadi perdana menteri dari 1984-1986 dan 1992-1997, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Berita Korea Utara (KCNA) pada Jumaat.
"Satu upacara khas sempena memperingati pejuang negara akan diadakan di perkuburan Sinmiri pada Khamis, termasuk mendiang Kang Song San, yang mengabdikan diri memperjuangkan tanah air dan rakyat," lapor KCNA.
Kang meninggal dunia pada 2007, tetapi tidak dikebumikan di tanah perkuburan berikutan spekulasi pembelotan menantunya Kang Myong Do pada Mei 1994.
Di sebalik spekulasi itu, Kang tetap mempertahankan jawatannya serta menjadi anggota jawatankuasa pengurusan pengebumian pengasas Korea Utara, Kim Il-sung pada Julai 1994.
Bagaimanapun, pada 1997 Kang dipecat selepas anak Kim Il-sung, Kim Jong Il mengambil alih tampuk pemerintahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Kang Song San
#jasad dikebumikan
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan