awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad Ismail Haniyeh disemadi di Qatar hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2024
22:30 MYT
Jasad Ismail Haniyeh disemadi di Qatar hari ini
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei ketika memimpin solat jenazah Allahyarham Ismail Haniyeh di Tehran. - Foto AP
DOHA: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang mati dibunuh dalam serangan oleh Israel di Tehran, Iran pada Rabu akan disemadi di Doha, Qatar hari ini.
Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Republik Islam Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.
Terdahulu jasad Ismail bersama pengawal keselamatannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi upacara pengebumian.
[LAPOR LANGSUNG] Jasad Ismail Haniyeh tiba di Doha
Iran yang berkabung selama tiga hari sehingga hari ini berikutan kematian Ismail, mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas itu pada Khamis.
Ribuan hadir di majlis berkenaan, di mana ia turut disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen di Iran dan Jordan.
Hamas sebelum ini mengesahkan Ismail dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu oleh tentera Zionis di kediamannya di Tehran pada Rabu.
Ismail, 62, berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu di Tehran, sehari sebelum itu.
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Malaysia, Iran dan Turkiye mengecam keras tindakan Israel yang didakwa telah melanggar undang-undang antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Ismail Haniyeh
#pengebumian
#Israel
#upacara penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan