INTERNATIONAL
Jeju Air kurangkan 188 penerbangan dari Busan

Jeju Air merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa dari Busan pada suku pertama tahun ini. -Gambar fail/AP
SEOUL: Jeju Air Co pada Selasa pada Selasa merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Busan pada suku pertama tahun ini.
Ringkasan AI
- Jeju Air merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa dari Busan pada suku pertama tahun ini.
- Pengurangan operasi penerbangan sebanyak 10-15 peratus diumumkan sebagai langkah meningkatkan keselamatan operasi selepas nahas pesawat yang meragut 179 nyawa.
- Pengurangan keseluruhan dijangka mencecah kira-kira 1,900 penerbangan pada suku pertama tahun ini.
Menurut syarikat itu, penerbangan dari Busan, bandar pelabuhan di tenggara Korea Selatan ke Clark, Filipina, dibatalkan dari 22 Jan hingga 30 Mac, melibatkan pengurangan 78 penerbangan.
Selain itu, penerbangan dari Busan ke Kaohsiung, Taiwan dibatalkan dari 3 Feb hingga 29 Mac, melibatkan pengurangan 110 penerbangan.
Pelan pengurangan keseluruhan untuk tempoh Januari-Mac, termasuk langkah mengurangkan penerbangan bagi laluan dari Incheon, pintu masuk utama negara dengan jumlah operasi tertinggi, dijangka dimuktamadkan minggu ini.
Menurut pemerhati industri, pengurangan keseluruhan dijangka mencecah kira-kira 1,900 penerbangan pada suku berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami