ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Oktober 2026.
10,000 rakyat Myanmar dibawa pulang sejak Januari - PM
Anwar berkata usaha berkenaan dilaksanakan susulan beberapa siri rundingan, termasuk menerusi Menteri Luar, Menteri Dalam Negeri serta beliau sendiri.
Polis buru suspek khianat Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Tumpat
Pemeriksaan awal mendapati pintu kaca masjid telah dipecahkan selain terdapat cecair berwarna coklat kehijauan dan berbau kurang menyenangkan dituang pada karpet di ruang solat.
Lebih 5,000 kes buli sepanjang lapan bulan pertama tahun ini - PM
Rekod setakat ini menunjukkan sejumlah 5,681 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki
Seorang penuntut wanita sebuah institusi kemahiran maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih di Kuantan.
Rakan reka cerita murid hilang rupanya sembunyi dalam tandas sekolah
Siasatan polis mendapati dakwaan itu tidak benar selepas rakaman percakapan rakan mangsa mengaku mereka cerita akibat dipercayai tidak berpuas hati.
Peguam Negara sahkan terima laporan awal video kes Mohd Shuhaily
Mohd Dusuki memberitahu, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk meneliti laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan lanjut.
PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan dalam kes rampasan 521 kg dadah di Laos
Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine di dalam sebuah jet peribadi di negara itu, minggu lepas.
Harga tiket ECRL dijangka diumum Oktober, jualan bermula November - CEO MRL
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyasarkan pengumuman harga tiket bagi operasi komersial Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibuat pada bulan ini dengan jualan tiket dibuka pada November.
Inflasi Malaysia antara terendah di rantau ini, namun tekanan kos huluan meningkat - Bank Dunia
Inflasi Malaysia antara yang terendah di rantau ini, namun peningkatan tekanan kos di peringkat huluan boleh membawa risiko kenaikan harga pada lewat tahun ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.
Tangani Islamofobia dengan kefahaman, bukan permusuhan - Anwar Ibrahim
Pertembungan dan permusuhan antara masyarakat berlaku akibat kejahilan serta kurangnya kefahaman antara satu sama lain, bukan semata-mata kerana perbezaan peradaban.