awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun gesa Myanmar bebaskan rakyatnya yang ditangkap jual beras pada harga tinggi

Bernama
Bernama
09/07/2024
10:40 MYT
Jepun gesa Myanmar bebaskan rakyatnya yang ditangkap jual beras pada harga tinggi
Lelaki itu telah ditahan kerana didakwa menjual beras pada harga yang melebihi had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Myanmar sebanyak 50 hingga 70 peratus. - Gambar hiasan
MOSCOW: Tokyo pada Selasa menggesa Myanmar agar segera membebaskan seorang warga Jepun yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan penjualan beras, kata Jurucakap Kanan Kerajaan Jepun Yoshimasa Hayashi, lapor Sputnik.
"Kami meminta (pihak berkuasa Myanmar) untuk membebaskan warganegara Jepun itu lebih awal dan untuk perlindungan," kata Hayashi pada sidang akhbar.
Hiroshi Kasamatsu, dalam lingkungan usia 50-an, dikenal pasti sebagai pegawai kanan sebuah usaha niaga di Myanmar yang berkaitan dengan rangkaian pasar raya Jepun. Beliau telah ditahan sejak 30 Jun bersama 10 tahanan lain.
Duta Jepun Ichiro Maruyama dan kakitangan kedutaan mengesahkan selepas bertemu dengan Kasamatsu secara peribadi bahawa tiada kebimbangan kesihatan yang ketara.
Konsulat Jeneral Jepun telah berusaha memastikan pembebasannya.
"Kami akan menangani perkara ini dengan betul," kata setiausaha kabinet.
Agensi berita Jepun Kyodo melaporkan minggu lepas bahawa Kasamatsu telah ditahan kerana didakwa menjual beras pada harga yang melebihi had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Myanmar sebanyak 50 hingga 70 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga jepun
#Myanmar
#jual beras
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan