TOKYO: Jepun akan menghantar pasukan pakar ke Nepal bagi membantu pihak berkuasa tempatan mengenal pasti mayat yang ditemukan susulan banjir besar dan tanah runtuh berhampiran sempadan negara itu dengan China, lapor Kyodo News yang memetik Kementerian Luar Jepun pada Khamis.
Pasukan tujuh anggota itu akan tiba di Nepal pada Jumaat.
Lebih 1,200 orang terkorban dan kira-kira 5,500 lagi masih hilang susulan bencana pada 26 Ogos, dengan lima warga Jepun antara yang masih belum ditemukan, menurut kementerian itu.
"Nepal merupakan sahabat lama Jepun dan kerajaan kami tidak akan teragak-agak untuk memberikan segala bentuk bantuan," kata Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi kepada pemberita di Ulaanbaatar.
Pasukan itu terdiri daripada pegawai Kementerian Luar, Agensi Polis Kebangsaan, Jabatan Polis Metropolitan dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), menurut kementerian itu.
Motegi turut berkata, pasukan berasingan dari JICA telah berada di Nepal pada Rabu bagi menilai keperluan perubatan.
-- BERNAMA-KYODO