awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun janji semak semula dasar ekopelancongan susulan kebimbangan terhadap lebihan pelancong

Bernama
Bernama
11/11/2025
13:00 MYT
Jepun janji semak semula dasar ekopelancongan susulan kebimbangan terhadap lebihan pelancong
Kementerian Alam Sekitar Jepun pada Selasa membentangkan draf semakan dasar ekopelancongan negara itu berikutan kebimbangan bahawa peningkatan mendadak pelancong asing boleh menjejaskan ekosistem berharga. - Gambar fail
TOKYO: Kementerian Alam Sekitar Jepun pada Selasa membentangkan draf semakan dasar ekopelancongan negara itu berikutan kebimbangan bahawa peningkatan mendadak pelancong asing boleh menjejaskan ekosistem berharga, lapor Agensi Berita Kyodo.
Semakan pertama terhadap dasar ekopelancongan kerajaan sejak diperkenalkan pada 2008 itu merangkumi langkah memperkukuh pemantauan serta mempromosikan amalan pelancongan bertanggungjawab. Draf berkenaan dijangka dimuktamadkan seawal Mac depan.
Menurut draf itu, media sosial dan beberapa faktor lain telah menyebabkan jumlah pelancong yang berlebihan di sesetengah destinasi, yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas, pembuangan sampah haram serta kerosakan terhadap hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan.
Bagaimanapun, dokumen itu mengakui bahawa ekopelancongan merupakan "arah baharu dalam sektor pelancongan yang mengimbangi pemuliharaan alam semula jadi dan budaya dengan pengalaman pelawat," serta menegaskan bahawa perluasan usaha ini penting bagi membina komuniti tempatan yang mampan.
Draf itu turut menggesa kerajaan tempatan supaya sentiasa memantau dan menilai kesan pelancongan terhadap ekosistem dan kehidupan penduduk setempat.
Ia juga mencadangkan agar peraturan penggunaan diwujudkan apabila perlu, dengan mengambil kira pandangan penduduk dan pengusaha pelancongan tempatan.
Kerajaan pusat, menurut draf itu lagi, boleh menyediakan sokongan kewangan bagi melatih pemandu pelancong khusus serta meningkatkan perkhidmatan pelbagai bahasa di lokasi pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Alam Sekitar Jepun
#dasar ekopelancongan
#peningkatan pelancong asing
#draf semakan dasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan