awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun rekod 29 gempa bumi dalam dua jam

Bernama
Bernama
01/01/2024
13:52 MYT
Jepun rekod 29 gempa bumi dalam dua jam
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata sekurang-kurangnya enam rumah telah runtuh akibat aktiviti seismik. - Kyodo via REUTERS
TOKYO: Sebanyak 29 gempa bumi dengan magnitud maksimum 7.6 berlaku di wilayah Ishikawa dan Niigata di Jepun dalam tempoh dua jam pada Isnin, menurut data yang dianalisis oleh Sputnik.
Gegaran bawah tanah bermula pada pukul 4.06 petang waktu tempatan (07:06 GMT).
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata sekurang-kurangnya enam rumah telah runtuh akibat aktiviti seismik.
"Setakat ini, enam bangunan telah runtuh dengan kemungkinan ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan," kata Hayashi.
Beliau berkata pihak berkuasa tidak memiliki sebarang maklumat mengenai penduduk yang cedera.
Apabila diminta mengulas laporan media Jepun mengenai runtuhan kira-kira 100 bangunan, Hayashi berkata kerajaan Jepun sedang mengesahkan maklumat berkenaan.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Jepun
#gempa bumi
#ishigawa
#Niigata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan