Dua isu utama yang belum diselesaikan pihak berkuasa Tokyo pasca dua tahun bencana berganda melanda pesisir pantai timur negara itu.

Pertamanya ialah isu penempatan semula sebilangan besar mangsa tsunami.

Manakala keduanya masalah longgokan sampah yang dihanyutkan ombak tsunami pada 11 Mac 2011 tetapi masih terkumpul sehingga kini.

Kedua-dua masalah ini dikaitkan dengan kerenah birokrasi kerajaan dan kesukaran untuk bangkit semula selepas dilanda musibah mega.

Lebih 10 bilion dolar Amerika diperuntukkan untuk projek penempatan semula mangsa tsunami bagi tempoh dua tahun.

Di Rikuzentakata, bandar di Tohoku yang teruk terjejas kerana tsunami telah melibatkan lapan ribu rumah dihanyutkan ombak semasa ombak besar itu melanda.

Walaubagaimanapun sesetengah mangsa tidak ditempatkan di penempatan yang hayatnya ialah cuma dua tahun sahaja.

Bagi penduduk mereka mengharapkan supaya bandar yang musnah dibina semula dan bukannya menempatkan mereka di kawasan sementara.

Sementara itu Jepun pasca dua tahun tsunami juga masih belum menyelesaikan masalah longgokan sampah.

Ada sebahagian sampah sarap ini khususnya besi tayar kenderaan dan wayar mendatangkan pencemaran sekali gus memberi kesan kepada alam sekitar.

Pihak berkuasa berkata longgokan sampah sarap ini tidak dibuang atau dilupus disebabkan ketiadaan tempat mencukupi.

Dilemanya sampah sampah ini tidak boleh dibakar kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Sampah-sampah ini menurut pihak berkuasa perlu diasingkan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil termasuk ditanam.

Bagaimanapun mereka juga berdepan kekurangan tenaga untuk mengasingkan berjuta-juta tan sampah berkenaan.