TOKYO: Bermula 8 Mei Jepun akan menamatkan langkah kawalan COVID-19 ke atas pelancong dari luar negara selaras dengan keputusan untuk mengkategorikan jangkitan ini sebagai penyakit biasa ke arah menormalkan aktiviti sosial dan ekonomi.
Serentak dengan itu juga kerajaan akan memulakan program pengawasan genomik baharu.
Di bawah program berkenaan penduduk yang mengalami gejala seperti demam akan menjalani saringan COVID-19 secara sukarela, lapor Kyodo.
Pada masa ini, semua pelawat luar dikehendaki mengemukakan pensijilan tiga dos COVID-19 atau ujian saringan negatif COVID-19 yang diambil dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Keputusan menamatkan langkah yang mula dilaksanakan pada Februari 2020 itu dijangka membantu memulihkan kemasukan pelancongan ke Jepun.
Perbelanjaan pelawat asing pada 2021 menjunam berbanding sejumlah 4.8 trilion yen (US$36 bilion) pada 2019.
Pelancong yang tiba di lima lapangan terbang utama - Narita, Haneda, Chubu, Kansai dan Fukuoka -- akan tertakluk kepada rangka kerja baharu yang ditetapkan selepas status sah COVID-19 diturunkan taraf kepada kategori yang sama seperti influenza bermusim awal bulan depan.
Jepun turut akan memudahkan semua ketibaan dari tanah besar China mulai Rabu dan memberi mereka pilihan untuk memasuki negara itu dengan mengemukakan bukti telah disuntik dengan tiga dos vaksin COVID-19.
Pada masa ini, pelawat dari tanah besar China perlu menunjukkan bukti keputusan negatif ujian saringan COVID-19 yang diambil 72 jam atau kurang sebelum berlepas.
"Kami telah memutuskan untuk mengubah langkah tentatif yang sedang dilaksanakan berdasarkan status jangkitan di dalam dan luar negara, serta langkah kawalan sempadan yang diambil oleh negara Kumpulan Tujuh yang lain," kata Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno dalam sidang akhbar.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan meneruskan ujian sampel untuk ketibaan dari tanah besar China di lapangan terbang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Keputusan menamatkan langkah yang mula dilaksanakan pada Februari 2020 itu dijangka membantu memulihkan kemasukan pelancongan ke Jepun. - Fail
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
'Yuza San' kongsi budaya masyarakat majmuk Malaysia menerusi Majlis Perbandaran Hioki
Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara.