awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun umum sekatan terhadap Rusia

Bernama
Bernama
24/02/2022
05:09 MYT
Jepun umum sekatan terhadap Rusia
Jepun gesa Rusia kembali kepada proses diplomatik bagi menamatkan konflik. - Gambar fail
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Rabu mengumumkan beberapa sekatan terhadap Rusia sebagai tindak balas negara itu mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine, lapor Jiji Press.
Jepun akan menggantung pengeluaran visa terhadap rakyat Donetsk dan Luhansk, membekukan aset mereka, melarang perdagangan membabitkan dua wilayah itu serta pengeluaran dan perdagangan bon Rusia, kata Kishida kepada pemberita.
Beliau mengumumkan sekatan berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan, termasuk Ketua Setiausaha Hirokazu Matsuno dan setiausaha agung Keselamatan Negara, Takeo Akiba.
"Kami gesa Rusia kembali kepada proses diplomatik bagi menamatkan konflik," kata Kishida.
Sementara itu, pengkritik menyifatkan sekatan Jepun terhad kepada dua wilayah berkenaan sahaja, tidak termasuk pegawai kanan Rusia.
Di samping itu, nilai bon Rusia di Jepun juga agak kecil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#sekatan
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan