awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Negeri Selangor tidak kompromi usaha promosi budaya songsang
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir
Gelombang serangan kedua di Venezuela mungkin tidak diperlukan - Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Nuremberg, 21,000 penduduk dipindahkan

Bernama
Bernama
15/11/2025
09:06 MYT
Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Nuremberg, 21,000 penduduk dipindahkan
Pihak berkuasa bandar Nuremberg mengumumkan bahawa penutupan jalan raya dalam radius 800 meter dari lokasi penemuan perlu dilakukan. - Unsplash
MUNICH: Operasi pemindahan besar-besaran sedang dijalankan di Nuremberg, selatan Jerman pada Jumaat malam menjelang pelupusan bom Perang Dunia Kedua yang dirancang di bandar itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pihak berkuasa bandar itu mengumumkan bahawa penutupan jalan raya dalam radius 800 meter dari lokasi penemuan perlu dilakukan dan sehingga 21,000 penduduk perlu meninggalkan kediaman masing-masing. Ia menambah bahawa ini merupakan operasi pemindahan terbesar di Nuremberg susulan penemuan bom berkenaan.
Bom seberat kira-kira 450 kilogram itu ditemukan semasa kerja-kerja pembinaan di Avenarius Street di daerah Grossreuth di bandar berkenaan.
Operasi pelupusan akan dimulakan sebaik sahaja pemindahan selesai, menurut pihak berkuasa bandar.
Mulai 7.30 malam (1830 GMT), polis mula menutup jalan di kawasan terjejas. Kenderaan dengan pembesar suara bergerak di kawasan itu untuk memaklumkan penduduk.
Bas ulang-alik membawa mereka yang terjejas ke kompleks sekolah di Berliner Platz (Dataran Berlin), yang dijadikan pusat pemindahan sementara.
Menurut pihak berkuasa bandar, pakar bom dan ratusan anggota kecemasan berada di lokasi pada waktu malam. Mereka terdiri daripada hampir 500 anggota bomba, sekitar 250 sukarelawan perkhidmatan penyelamat, 60 anggota organisasi perlindungan awam (THW) dan lebih 100 anggota polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom perang dunia kedua
#Jerman
#pemindahan penduduk
#Nuremberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan