Skip to main content

Dunia

Jerman tambah bantuan €11 juta untuk tangani Ebola di Congo

Red Cross workers wearing personal protective equipment walk in a formation as they disinfect the ground outside the house of an unidentified man who died of Ebola, before retrieving his body, as aid agencies intensify efforts to contain a new Ebola outbreak involving the Bundibugyo strain, in Quartier Shuni 1, a residential sector in Mongbwalu, Djugu Territory of Ituri province, Democratic Republic of Congo, May 24, 2026. REUTERS/Gradel Muyisa Mumbere
Konflik memburukkan lagi keadaan dengan menyukarkan petugas kesihatan untuk sampai kepada mereka yang dijangkiti. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

BERLIN: Jerman menambah bantuan sebanyak €11 juta (US$12.7 juta) bagi usaha menangani wabak Ebola di Republik Demokratik Congo, kata Menteri Pembangunan Reem Alabali Radovan pada Selasa.

"Kita perlu kekal berkeupayaan untuk bertindak, terutama ketika krisis. Persoalan utama sekarang ialah: Bagaimana kita boleh mencapai hasil sebanyak mungkin walaupun dengan sumber yang lebih sedikit?" kata Radovan dalam temu bual dengan penyiar awam serantau RBB, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kementerian berkenaan mengesahkan peruntukan tambahan itu sebagai respons terhadap pertanyaan dpa.

Radovan berkata keadaan di Congo amat serius.

"Kita kini boleh menganggap bahawa ini adalah wabak Ebola paling buruk dalam sejarah negara itu," katanya.

Konflik memburukkan lagi keadaan dengan menyukarkan petugas kesihatan untuk sampai kepada mereka yang dijangkiti, kata Radovan.

Jerman menyediakan peralatan, menjadikan makmal bergerak tersedia serta melatih petugas kesihatan untuk memberi pendidikan kepada penduduk Congo mengenai penyakit berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement