awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toni Kroos buat pusingan U sertai skuad Jerman

Astro Arena
Astro Arena
15/03/2024
00:15 MYT
Toni Kroos buat pusingan U sertai skuad Jerman
Kroos beraksi bersama pemain lawan Dani Olmo dalam perlawanan UCL pusingan 16 antara Real Madrid dan RB Leipzig di Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 6 Mac 2024. - REUTERS
TONI Kroos telah dipanggil semula ke skuad Jerman selepas bersara daripada aksi antarabangsa hampir tiga tahun, perkara tersebut diumumkan persatuan bola sepak Jerman.
Pemain tengah Real Madrid itu mendedahkan bulan lalu dia merancang untuk keluar daripada persaraan antarabangsa.
Pemain berusia 34 tahun itu tidak dapat dipilih beraksi dalam skuad kebangsaan susulan Jerman tersingkir daripada kejohanan Euro 2020 namun kini membuat pusingan U berikutan perbincangan dengan jurulatih baharu Julian Nagelsmann.
Bekas bos Bayern Munich, Nagelsmann, yang mengendalikan pasukan kebangsaan September lalu, telah memasukkan Kroos dalam skuad 26 pemain untuk perlawanan persahabatan menentang Perancis dan Belanda akhir bulan ini.
Ini menunjukkan Kroos, yang mempunyai 106 kaps antarabangsa dan memenangi Piala Dunia pada 2014, kini berada dalam gambar untuk Kejohanan Eropah musim panas ini.
Penjaga gol veteran Manuel Neuer, bekas kapten Jerman, juga telah dipanggil semula buat kali pertama sejak patah kakinya dalam kemalangan ski pada Disember 2022.
Topic Berkaitan
#Toni Kroos
#Jerman
#bola sepak
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan