INTERNATIONAL
Jet pejuang tentera laut AS 'hilang' selepas terjatuh ke Laut Merah

Tentera Laut memaklumkan bahawa kumpulan serangan dan sayap udara yang ditempatkan di kapal induk berkenaan masih berkeupayaan penuh untuk melaksanakan misi walaupun insiden berlaku. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan "hilang" di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman, menurut Tentera Laut dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Sebuah jet pejuang F/A-18E Super Hornet tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman dan jatuh ke Laut Merah. Semua kru selamat, dengan seorang kelasi mengalami kecederaan ringan.
- Jet tersebut sedang ditunda apabila kru penunda hilang kawalan, menyebabkan pesawat dan traktor penunda terjatuh ke laut. Siasatan sedang dijalankan.
- Walaupun insiden berlaku, kumpulan serangan dan sayap udara di kapal induk tersebut masih berkeupayaan penuh untuk melaksanakan misi.
"Kru yang mengendalikan penundaan segera bertindak menjauhkan diri dari pesawat sebelum ia terjatuh ke laut. Siasatan sedang dijalankan," menurut kenyataan itu.
Menurut Tentera Laut AS, sebuah jet pejuang F/A-18 bernilai kira-kira US$67 juta.
Pasukan AS ditempatkan di rantau berkenaan sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap penilaian keselamatan serantau.
Tentera Laut memaklumkan bahawa kumpulan serangan dan sayap udara yang ditempatkan di kapal induk berkenaan masih berkeupayaan penuh untuk melaksanakan misi walaupun insiden berlaku.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami