awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan

Amanz
Amanz
13/01/2024
09:51 MYT
Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan
X-59 mempunyai muncung yang panjang bagi menyebarkan gelombang yang dihasilkan apabila terbang melebihi kelajuan bunyi. - Amanz
PROGRAM QueSST (Quiet Super Sonic Transport) diumumkan pada tahun 2017 bagi membangunkan pesawat penumpang supersonik generasi kedua yang tidak lagi menghasilkan bunyi bising sonic boom.
Bunyi itu adalah sebab mengapa pesawat Concorde tidak boleh beroperasi pada kelajuan supersonik apabila melintas ruang udara Malaysia semasa Singapore Airlines menggunakannya antara 1977-1980.
Sebelum pesawat penumpang supersonik skala besar dibangunkan, pesawat Lockheed Martin X-59 akan digunakan untuk melakukan ujian. Sasaran NASA dan Lockheed Martin ialah X-59 menghasilkan bunyi seperti pintu ditutup sahaja pada kelajuan supersonik.
Awal pagi tadi X-59 telah diperlihatkan secara rasmi oleh NASA dan Lockehed Martin di fasiliti terkemuka Skunk Works di California.
X-59 mempunyai muncung yang panjang bagi menyebarkan gelombang yang dihasilkan apabila terbang melebihi kelajuan bunyi.
Ia dijangka boleh terbang pad kelajuan mencecah Mach 1.5 (1,852 kmj). Bagi mengurangkan rintangan udara, X-59 tidak mempunyai cermin depan pada kokpit. Sebaliknya sistem kamera 4K dan skrin resolusi tinggi digunakan sebagai pengganti.
Lockheed Martin dianugerahkan kontrak membina X-59 kerana pengalaman mereka membina pesawat supersonik SR-71 Blackbird yang masih memegang rekod pesawat terpantas dunia iaitu 3,529.6 kmj yang dicatatkan pada tahun 1976.
Sungguhpun X-59 telah diperlihatkan, masih tiada pengumuman bila penerbangan pertama akan dilakukan. - Amanz
Topic Berkaitan
#pesawat supersonik
#pesawat penumpang
#Lockheed Martin
#NASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan