awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JetBlue beri tiket percuma untuk semua penumpang pesawatnya, dengan satu syarat

Syafique Shuib
Syafique Shuib
25/02/2016
13:22 MYT
JetBlue beri tiket percuma untuk semua penumpang pesawatnya, dengan satu syarat
Seperti pilihan raya, beberapa penumpang tampil ke hadapan agar penumpang lain turut undi destinasi pilihan mereka. -Gambar: YouTube/JetBlue
MUSIM pilihan raya di Amerika Syarikat (AS) kian hangat, dan secara amnya, ahli politik dan rakyat berbelah bahagi demi memberikan sokongan kepada parti pilihan mereka.
Syarikat penerbangan tambang murah AS, JetBlue, melakukan satu eksperimen sosial yang secara tidak langsung mengajar penumpang untuk berkompromi dan berinteraksi bersama antara satu sama lain.
Ini kerana para penumpang dikejutkan dengan pengumuman bahawa mereka akan menerima tiket percuma.
Namun, mereka dibenarkan untuk memilih satu destinasi sahaja yang dipersetujui oleh kesemua 150 penumpang.
Penumpang JetBlue pada mulanya berbelah bagi namun akhirnya bersetuju untuk ke Costa Rica.
Penumpang JetBlue pada mulanya berbelah bagi namun akhirnya bersetuju untuk ke Costa Rica. -Gambar: YouTube/JetBlue
Video sosial eksperimen berkenaan dimuat naik di laman YouTube milik JetBlue.
Prosesnya bukan mudah kerana JetBlue terbang ke lebih kurang 92 destinasi AS dan luar negara.
Dua destinasi utama iaitu kepulauan Turks and Caicos dan Costa Rica menjadi finalis.
Seperti pilihan raya, beberapa penumpang tampil ke hadapan untuk ‘pancing’ undian dan pada mulanya, mereka tidak mendapat kata sepakat.
Sumber: YouTube/JetBlue
Setelah beberapa penumpang bertukar fikiran, Costa Rica menjadi destinasi pilihan semua penumpang.
JetBlue berkata sosial eksperimen sebegini membantu penumpang untuk mengetepikan kepentingan peribadi untuk mendapat persetujuan.
“Apa yang dapat kita pelajari di sini? Apabila semua berkompromi dan bekerja sama, semua parti menang,” kata seorang jurucakap yang muncul diakhir video berkenaan.
Topic Berkaitan
#eksperimen sosial
#JetBlue
#tiket percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan