awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2024
03:00 MYT
Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Jun lalu, Jho Low mencapai persetujuan dengan Jabatan Kehakiman AS untuk mengembalikan aset lebih AS$100 juta yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB. - Foto fail/Sinar Harian
AHLI perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menyeleweng dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperintah melucutkan hak berlian dibeli untuk ibunya daripada pembuat barang kemas berprestij.
Hakim Mahkamah Persekutuan di Los Angeles pada Isnin memerintahkan Jho Low untuk menyerahkan tuntutan terhadap cincin berlian 7.35 karat serta subang berlian yang kedua-duanya melebihi tiga karat.
Memetik laporan Bloomberg, hakim dilaporkan mendapati barang kemas berkenaan dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.
Cincin berkenaan bernilai AS$1.17 (RM5.47) juta manakala subang berkenaan dianggar bernilai AS$628,000 (RM2.9 juta).
Menurut mahkamah Amerika Syarikat (AS), tiga berlian berkenaan direka bentuk oleh pereka berprestij berpangkalan di New York, Lorraine Schwartz yang mereka bentuk perhiasan selebriti seperti Beyonce dan Adele.
Menurut pendakwa AS, pereka berkenaan turut membuat rantai leher bertatahkan berlian merah jambu bernilai AS$23 juta (RM107 juta) dan secara peribadi dihantar kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Hakim Daerah AS, di Los Angeles, Dale Fischer, menyifatkan berlian yang dijadikan hadiah daripada Jho Low kepada ibunya, Evelyn, adalah permata 'hasil jenayah' diseleweng menerusi penipuan 1MDB.
Jun lalu, Jho Low mencapai persetujuan dengan Jabatan Kehakiman AS untuk mengembalikan aset lebih AS$100 juta (RM471 juta) yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB.
Beliau dituduh bersama bekas pegawai perbankan Kumpulan Goldman Sachs, yang disabit pada perbicaraan di New York, pada 2022.
Sementara itu, dalam kes berkaitan, bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo diarahkan melucutkan hak lakaran pensel lukisan Pablo Picasso berjudul 'Trois Femmes Nues et Buste d'Homme' yang dibelinya sekitar AS$1.4 juta (RM6.5 juta) pada Isnin.
Menurut arahan yang ditandatangani oleh Fischer, Loo yang didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia dan memberikan keterangan terhadap Najib tahun ini juga bersetuju untuk menyerahkan AS$25,000 (RM117,000) dalam akaun bank Swiss.
Topic Berkaitan
#Jho Low
#berlian
#lucut hak
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan