awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi akan jadi utusan khas Indonesia ke upacara pengebumian Pope Francis

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2025
10:24 MYT
Jokowi akan jadi utusan khas Indonesia ke upacara pengebumian Pope Francis
Menurut Menteri Luar Indonesia, Sugiono, Jokowi akan menghadiri upacara tersebut sebagai utusan khas negara. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo akan menghadiri upacara pengebumian Pope Francis yang dijadual berlangsung di Dataran St. Peter, Rom pada 26 April ini.
Menurut Menteri Luar Indonesia, Sugiono, Jokowi akan menghadiri upacara tersebut sebagai utusan khas negara.
Memetik laporan Jakarta Globe, Sugiono berkata Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, tidak dapat menghadiri upacara pengebumian tersebut, dan telah menyenaraikan individu yang bakal mewakilil republik itu.
Antara nama lain yang dijangka mewakili Indonesia ialah Timbalan Menteri Kewangan, Thomas Djiwandono, dan bekas Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Ignasius Jonan.
Menurut Sugiono, senarai tersebut masih belum dimuktamadkan dan dijangka diumumkan oleh Prabowo pada Rabu.
Upacara pengebumian Pope Francis dijangka dihadiri oleh pelbagai pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Kehadiran Jokowi sebagai wakil Indonesia menandakan penghormatan negara itu terhadap peranan penting Pope Francis dalam mempromosikan perdamaian dan dialog antarabangsa.
Pope Francis meninggal dunia pada 21 April lalu akibat strok di kediamannya di Casa Santa Marta, Vatican.
Jasad mendiang kini ditempatkan di Basilika St. Peter bagi membolehkan umat Katolik dari seluruh dunia memberikan penghormatan terakhir.
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#Pope Francis's funeral
#Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan