awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa

Bernama
Bernama
20/10/2024
23:15 MYT
Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa
Serbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis. - Foto Sinar Harian/Agensi
AMMAN: Jordan pada Ahad mengutuk "serbuan" di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada awal hari oleh peneroka pelampau di bawah perlindungan tentera Israel, lapor Xinhua.
Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat berkata, penyerbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis dan tapak sucinya, dan kewajipan Israel sebagai "kuasa pendudukan", menurut kenyataan oleh kementerian itu.
Jurucakap kementerian itu, Sufian Qudah berkata, Israel mesti menghentikan semua pelanggaran yang sedang berlaku dan pencabulan terhadap status quo sejarah dan undang-undang yang berterusan di Baitulmaqdis dan tapak sucinya, sambil menyeru agar dihentikan penetapan realiti baharu di Masjid Al-Aqsa.
Mengenai serangan berterusan Israel terhadap Gaza dan Lubnan serta peningkatan dan serangannya terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, Qudah berkata, tindakan unilateral Israel mengancam untuk meningkatkan lagi ketegangan, mendorong seluruh rantau ke arah malapetaka.
Jurucakap itu menggesa pendirian dan langkah antarabangsa yang "jelas dan tegas" untuk mengutuk dan menghentikan pelanggaran itu dan menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk rakyat Palestin.
Beliau mengulangi bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tempat ibadat khusus untuk umat Islam, dan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid Awqaf dan Al-Aqsa Baitulmaqdis, adalah pihak berkuasa undang-undang tunggal yang bertanggungjawab menguruskan semua hal ehwal masjid dan halamannya.
- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Masjid Al-Aqsa
#peneroka Israel
#israel serang gaza
#tentera Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan