awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah

Agensi
Agensi
11/02/2025
23:20 MYT
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Raja Abdullah menegaskan, Jordan mengekalkan “pendirian yang teguh menentang pemindahan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat” selepas pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Washington.
PEMIMPIN Jordan, Raja Abdullah II menegaskan, negaranya mengekalkan “pendirian yang teguh menentang pemindahan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat” selepas pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Washington.
Trump sekali lagi menegaskan rancangannya untuk AS mengambil alih Gaza dan mengeluarkan rakyat Palestin dari wilayah tersebut semasa sidang media bersama Raja Abdullah pada Selasa (waktu tempatan).
Dalam sidang media bersama, Raja Abdullah tidak secara langsung menolak idea Presiden AS itu, namun beliau menasihatkan agar AS “tidak terburu-buru” dan memberi isyarat bahawa cadangan alternatif akan dikemukakan.
Dalam satu hantaran di platform X kemudian pada hari sama, Raja Abdullah berkata, terdapat “pendirian Arab yang bersatu” menentang pemindahan rakyat Palestin.
“Usaha membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan yang teruk harus menjadi keutamaan semua pihak,” katanya.
Abdullah turut menyifatkan perbincangannya dengan Trump sebagai “membina.”
Rancangan Trump melibatkan Jordan dan Mesir menerima berjuta-juta pelarian Palestin baharu, satu idea yang telah ditentang oleh kedua-dua negara tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#pembangunan Gaza
#Amerika ambil alih Gaza
#raja abdullah
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan