awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara Olimpik hilang pingat dalam kebakaran Los Angeles akan diberi replika

Bernama
Bernama
12/01/2025
21:45 MYT
Juara Olimpik hilang pingat dalam kebakaran Los Angeles akan diberi replika
Bekas perenang Gary Hall Jr akan mendapat replika pingat Olimpik selepas pingatnya musnah dalam kebakaran dahsyat di Los Angeles. - Foto Instagram/Gary Hall Jr
LOS ANGELES: Bekas perenang Gary Hall Jr akan mendapat replika pingat Olimpik selepas pingatnya musnah dalam kebakaran dahsyat di Los Angeles, menurut agensi berita Jerman dpa.
"Kami bersolidariti penuh dengan warga Los Angeles dan amat mengagumi usaha gigih anggota bomba dan pasukan keselamatan," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Kami juga mengetahui bahawa seorang atlet Olimpik yang hebat, Gary Hall Jr, telah kehilangan pingatnya dalam kebakaran itu. IOC akan memberikannya replika."
Warga Amerika berusia 50 tahun itu terpaksa mengosongkan rumahnya dan kediamannya itu kemudiannya terbakar.
Dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengambil pingatnya. Beliau memenangi emas lima kali, perak tiga kali dan gangsa dua kali antara 1996 dan 2004.
Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam kebakaran di bandar kedua terbesar di AS itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gary Hall Jr
#juara Olimpik
#bekas perenang
#hilang pingat
#kebakaran Los Angeles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan