awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Julian Assange akhirnya bebas, kembali semula ke Australia

Agensi
Agensi
26/06/2024
03:25 MYT
Julian Assange akhirnya bebas, kembali semula ke Australia
Julian Assange tiba di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Saipan, Kepulauan Mariana Utara, pada Rabu. - Gambar REUTERS
SAIPAN : Pengasas WikiLeaks, Julian Assange kini melangkah bebas untuk pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun selepas seorang hakim Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian pengakuan bersalahnya yang tidak dijangka pada pagi Rabu.
Assange keluar dari mahkamah sebagai seorang lelaki yang bebas dan mengangkat tangan ke arah sekumpulan wartawan dari seluruh dunia sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke ibu kota Australia, Canberra - tanah kelahirannya.
Bercakap di luar mahkamah, peguam AS Assange, Barry Pollack berkata, anak guamnya telah “menderita dengan teruk dalam perjuangannya untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.”
Dalam satu peristiwa yang mengejutkan, warga Australia berusia 52 tahun itu dibebaskan dari penjara yang mempunyai tahap keselamatan tertinggi di London pada petang Isnin dan menaiki jet peribadi untuk meninggalkan United Kingdom (UK) sebelum dunia mengetahui tentang perjanjiannya dengan kerajaan AS.
Dia hadir di mahkamah AS di Kepulauan Mariana Utara untuk memuktamadkan perjanjian tersebut, secara rasmi mengaku bersalah atas konspirasi secara tidak sah untuk mendapatkan dan menyebarkan maklumat sulit atas peranannya yang didakwa dalam salah satu kebocoran terbesar bahan rahsia dalam sejarah ketenteraan AS.
“Saya, sebenarnya, bersalah atas tuduhan tersebut,” kata Assange kepada mahkamah di Saipan. Rangkaian kepulauan Pasifik yang terpencil ini adalah wilayah AS, terletak sekitar 6,000 kilometer (3,700 batu) di barat Hawaii.
Assange - yang sejak sekian lama tidak mempercayai AS, malah sehingga menuduhnya merancang pembunuhannya - curiga untuk menjejakkan kaki di benua AS, justeru pendakwa meminta agar semua prosiding diadakan dalam satu hari di Mahkamah Persekutuan AS yang berpusat di Saipan, pulau terbesar dan ibu kota Kepulauan Mariana Utara.
Pendakwa dari Jabatan Keadilan juga berkata, mahkamah di kepulauan tersebut dekat dengan Australia dan Assange akhirnya selesai pertarungan undang-undangnya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Julian Assange
#pengasas WikiLeaks
#Kepulauan Mariana Utara
#Julian Assange bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan