Sebanyak 16 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 1,007 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, berlaku tambahan 484 kes baharu, menjadikan kes positif kini 14,749.

"Sebanyak 31,147 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 443 kes, diikuti Jawa Timur (155 kes), Jawa Barat (98) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA