awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56

Bernama
Bernama
29/01/2026
14:45 MYT
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
Tiga lagi mayat ditemukan pada Khamis menjadikan jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 56 orang ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan. - REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana
JAKARTA: Tiga lagi mayat ditemukan pada Khamis menjadikan jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 56 orang ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan.

Ringkasan AI
  • Tiga mayat ditemui pada Khamis, menjadikan jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56 orang.
  • Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) telah mengenal pasti 40 mangsa tanah runtuh, sementara 24 orang masih hilang.
  • Operasi mencari dan menyelamat hari keenam melibatkan 3,229 kakitangan dengan penggunaan peralatan berat dan anjing pengesan bagi mempercepatkan usaha.

Ketua Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Abdul Muhari berkata kesemua mayat telah diserahkan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) untuk proses pengecaman.
Berdasarkan penemuan pasukan DVI setakat Rabu, 10 malam waktu tempatan, 40 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat telah dikenal pasti.
Mayat yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga mangsa. Dianggarkan seramai 24 orang lagi masih hilang, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat itu melanda kampung Pasirlangu pada kira-kira 2.30 pagi, Sabtu, serta menimbus beberapa kawasan kediaman.
Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari keenam hari ini melibatkan 3,229 kakitangan.
Peralatan berat dan anjing pengesan terus dikerahkan bagi mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat. Sekurang-kurangnya 15 jengkaut telah digerakkan untuk mempercepatkan operasi, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Bandung Barat
#jumlah kematian
#jawa barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan