awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Nigeria dalam keadaan baik selepas terjatuh ketika majlis sambutan di Turkiye
Bomba bergelut padam kebakaran tahap kecemasan ketika gelombang haba landa Australia
Presiden Iran, Putera Mahkota Arab Saudi bincang kepentingan perpaduan negara Islam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 48 orang

Bernama
Bernama
27/01/2026
21:30 MYT
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 48 orang
Ahmad Rohimat, 30, mengutip barangan dari rumahnya yang rosak selepas berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat di kampung Pasir Langu, daerah Bandung Barat, wilayah Jawa Barat, Indonesia, pada Selasa. - Gambar Reuters
JAKARTA: Jumlah kematian akibat kejadian tanah runtuh yang melanda Kampung Pasirlangu, Daerah Kecil Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, Sabtu lepas, meningkat kepada 48 orang, dengan 30 mangsa sudah dikenal pasti, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Media tempatan memetik Polis Jawa Barat sebagai berkata, pos Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) di lokasi kejadian menerima sebanyak 48 beg mayat yang dipindahkan oleh pasukan mencari dan menyelamat bersama.
Daripada jumlah itu, kira-kira 30 mayat berjaya dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.
Polis berkata, kerja pengecaman ke atas baki 18 mayat masih diteruskan melalui proses padanan data, termasuk perbandingan maklumat bedah siasat dan "ante-mortem", ketika senarai orang hilang terus dikemas kini.
Bagi mempercepatkan usaha pencarian, pihak berkuasa turut mengerahkan anjing pengesan bagi membantu pasukan bersama mengesan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah, khususnya di kawasan yang sukar diakses oleh jentera berat.
Pejabat Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak Kota Bandung turut menyediakan perkhidmatan pemulihan trauma kepada kanak-kanak yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu.
Bantuan merangkumi sokongan psikologi serta pengagihan mainan pendidikan, ubat-ubatan dan pakaian di pusat pemindahan, bagi membantu memulihkan kesejahteraan mental kanak-kanak.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: Indonesia, Jawa Barat, tanah runtuh, jumlah kematian, meningkat
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jawa barat
#tanah runtuh
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan