GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan, sehingga semalam (Khamis) jumlah rakyat Palestin yang meninggal dunia di Gaza akibat peperangan ialah seramai 1,537 orang.

Jumlah berkenaan adalah termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita yang terbunuh sejak Israel melancarkan serangan udara balas dendam pada hari Sabtu.

Dalam masa sama, kementerian berkenaan turut merekodkan 6,612 orang lain turut cedera di wilayah tersebut. - Agensi