ANKARA: Dengan membunuh lebih 14,000 kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza, Israel telah pun mengalahkan pemimpin Nazi Adolf Hitler, kata Presiden Turki, pada Rabu.
Dengan sokongan tanpa syarat dari Barat, Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, kata Recep Tayyip Erdogan dalam mesyuarat kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Parlimen Turki, lapor Agensi Anadolu.
Dengan mengatakan bahawa tiada siapa yang boleh mempersoalkan sensitiviti Turki terhadap isu Palestin, Erdogan menambah bahawa perjuangan Palestin memberikan makna baharu dalam hidupnya.
"Selagi Allah memberikan saya nyawa, saya akan terus mempertahankan perjuangan Palestin dan akan menjadi suara rakyat Palestin yang ditindas," kata Erdogan.
Membandingkan perjuangan kumpulan penentang Palestin Hamas dengan Perang Kemerdekaan Turki lebih 100 tahun yang lalu, Erdogan berkata: "Kami sedar bahawa ada harga yang perlu dibayar untuk mengatakan ini."
Erdogan memberitahu bagaimana 15 tahun yang lepas, di Forum Ekonomi Dunia 2009 di Davos, Switzerland, beliau mencabar kepimpinan Israel dan penindasannya terhadap rakyat Palestin, dalam pertemuan yang menjadi viral, dengan membantah, "Satu minit!"
"Apabila tidak ada orang lain yang bercakap, kami berdiri dan berkata: "Hamas bukan organisasi pengganas, tetapi kumpulan penentang." Kami membentangkan peta di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan bagaimana Israel secara beransur-ansur menduduki tanah Palestin sejak 70 tahun lepas," katanya.
"Kami menyokong saudara dan saudari Palestin kami dalam segala cara, terutamanya pada masa-masa yang paling sukar. Kami telah menggerakkan semua sumber kami untuk Palestin, untuk penduduk Gaza yang tertindas," tegas Erdogan.
Erdogan mengulangi tekad Turki untuk berani mempertahankan perjuangan Palestin bagi mencapai kemerdekaan dalam apa jua keadaan.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, setakat ini mengorbankan hampir 34,000 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 77,000 yang lain, menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Dengan membunuh lebih 14,000 kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza, Israel telah pun mengalahkan pemimpin Nazi Adolf Hitler, kata Presiden Turki, pada Rabu. - Gambar fail AP
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.