DUNIA
Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 54,677

Sejak perang disambung semula pada 18 Mac tahun ini, sekurang-kurangnya 4,400 orang telah terbunuh, manakala 13,189 lagi cedera. - Foto fail
GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 54,677 orang, dengan 125,530 individu cedera.
Dalam tempoh 24 jam terakhir, hospital di Gaza menerima 70 jenazah, termasuk tiga mayat yang ditemui di bawah runtuhan, serta 189 mangsa cedera.
Sejak perang disambung semula pada 18 Mac tahun ini, sekurang-kurangnya 4,400 orang telah terbunuh, manakala 13,189 lagi cedera.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan bahawa masih terdapat ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, yang tidak dapat diakses oleh pasukan penyelamat akibat serangan berterusan.Gaza kini berdepan krisis kemanusiaan yang dahsyat, dengan lebih dua juta penduduk terpaksa berlindung di kem-kem sementara dalam keadaan hidup yang amat sukar.
Sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan perubatan dan ubat-ubatan, telah menyebabkan hospital-hospital di Gaza hampir lumpuh.
Pelbagai organisasi hak asasi manusia dan pemimpin dunia telah menggesa gencatan senjata segera, namun usaha diplomatik masih berdepan halangan.
Dengan jumlah korban yang terus meningkat, masyarakat antarabangsa kini menuntut tindakan segera bagi menghentikan penderitaan rakyat Gaza.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami