awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kematian mangsa disambar petir meningkat kepada 22 orang di Bihar, India

Bernama
Bernama
10/04/2025
13:22 MYT
Jumlah kematian mangsa disambar petir meningkat kepada 22 orang di Bihar, India
Hujan lebat dan ribut petir yang disertai sambaran petir melanda Bihar pada Rabu, menjejaskan beberapa daerah. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 22 orang maut disambar petir di negeri Bihar, timur India, dalam tempoh 24 jam lepas, lapor media tempatan pada Khamis, menurut Xinhua.
Hujan lebat dan ribut petir yang disertai sambaran petir melanda negeri itu pada Rabu, menjejaskan beberapa daerah.
"Seramai 22 orang terbunuh selepas disambar petir di Bihar," menurut laporan saluran berita televisyen tempatan, India TV, dalam satu laporan, memetik data rasmi.
Kematian dilaporkan dari lapan daerah.
Bagaimanapun, satu kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri Bihar (CMO) pada petang Rabu menyatakan hanya 13 orang meninggal dunia akibat disambar petir di empat daerah.
Empat daerah itu turut dilanda ribut, hujan lebat, dan hujan batu, menyebabkan kemusnahan meluas.
Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar menzahirkan dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa dan mengumumkan bantuan kewangan untuk mereka.
"Ketua Menteri mengumumkan pembayaran ex gratia sebanyak INR 400,000 (US$4,649) kepada waris terdekat mangsa," kata seorang jurucakap kerajaan.
Kumar juga menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dalam cuaca buruk dan mengikuti saranan yang dikeluarkan oleh jabatan pengurusan bencana.
Laporan mengatakan mangsa berada di ladang ketika petir menyambar mereka.
Setiap tahun, dengan bermulanya musim monsun, ratusan orang mati disambar petir di India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa korban
#sambar petir
#Bihar
#India
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan