awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah korban di Gaza melebihi 40,900 orang selepas Israel bunuh 61 lagi rakyat Palestin

Bernama
Bernama
07/09/2024
13:30 MYT
Jumlah korban di Gaza melebihi 40,900 orang selepas Israel bunuh 61 lagi rakyat Palestin
Kementerian Kesihatan Palestin juga melaporkan 94,616 orang cedera dalam serangan yang berterusan. - AP
ANKARA: Tentera Israel membunuh 61 lagi rakyat Palestin dalam serangan ke atas Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian mencecah 40,939 sejak 7 Okt tahun lepas, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Kementerian Kesihatan Palestin di wilayah itu pada Sabtu.
Kementerian itu juga melaporkan 94,616 orang cedera dalam serangan yang berterusan.
"Tentera Israel membunuh 61 orang dan mencederakan 162 yang lain dalam empat 'pembunuhan beramai-ramai' terhadap keluarga dalam tempoh 48 jam lalu," menurut kenyataan itu.
"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat menghampiri mereka," tambahnya.
Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa gencatan senjata segera.
Sekatan berterusan di Gaza menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, menyaksikan sebahagian besar infrastruktur di wilayah itu musnah.
Israel menghadapi tuduhan pembunuhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan penghentian operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah, yang lebih satu juta rakyat Palestin mencari perlindungan sebelum kawasan itu diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Gaza
#angka korban
#serangan Israel
#genosid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan