SINGAPURA: Jumlah penduduk Singapura meningkat sekitar 1.1 peratus setahun antara 2010 dan 2020, menurut Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) hari ini.
Populasi penduduk meningkat kepada 3.52 juta daripada 3.23 juta dalam tempoh ini, sementara penduduk tetap berjumlah sekitar 0.5 juta.
Sementara itu, komposisi etnik tetap stabil, dengan 74.3 peratus kaum Cina, 13.5 peratus Melayu dan 9.0 peratus India pada 2020. Jumlah itu termasuk warganegara dan penduduk tetap.
Maklumat itu antara dapatan yang disiarkan jabatan tersebut dalam Banci Penduduk 2020, yang dikeluarkan di sini.
Mengenai status perkahwinan, DOS berkata jumlah penduduk bujang meningkat di antara kumpulan umur dengan peningkatan paling ketara bagi penduduk berusia 25-34 tahun.
Antara 2010 dan 2020, golongan bujang dalam kalangan penduduk berusia 25-29 tahun meningkat kepada 81.6 peratus berbanding 74.6 peratus lelaki, dan mencatat 69.0 peratus daripada 54.0 peratus wanita.
Jumlah kelahiran pula menurut DOS wanita umumnya memiliki lebih sedikit anak dibandingkan sedekad sebelum ini.
Purata bilangan anak dilahirkan wanita yang pernah berkahwin berusia 40-49 tahun menurun daripada 2.02 per wanita pada 2010 kepada 1.76 setiap wanita pada 2020.
Dalam kalangan wanita pernah berkahwin berumur 40-49 tahun, lulusan universiti pula mempunyai purata 1.66 anak pada 2020, lebih rendah berbanding purata 1.94 anak membabitkan mereka berkelayakan menengah.
DOS berkata untuk pencapaian pendidikan pula, profil populasi penduduk bertambah baik antara 2010 dan 2020 menyaksikan wanita telah mencapai kemajuan lebih ketara dalam pendidikan.
Pada 2020 sebanyak 58.3 peratus penduduk berusia 25 tahun ke atas mempunyai kelayakan pasca-menengah atau lebih tinggi, meningkat daripada 46.5 peratus pada 2010.
Masyarakat Cina, Melayu dan India semuanya menunjukkan peningkatan dalam pencapaian pendidikan.
Mengenai kebolehan menulis dan membaca, jabatan itu menyatakan kadarnya tetap tinggi iaitu sebanyak 97.1 peratus pada 2020 dan literasi pelbagai bahasa juga kekal tinggi pada 90.3 peratus dalam kalangan penduduk berusia 15-24 tahun.
Bahasa Inggeris adalah bahasa paling kerap digunakan di rumah untuk 48.3 peratus penduduk berusia 5 tahun ke atas pada 2020, meningkat berbanding 32.3 peratus pada 2010.
Di antara penduduk paling kerap berbahasa Inggeris di rumah, lebih daripada 80 peratus juga menggunakan bahasa vernakular di rumah.
DOS menyatakan bahawa Singapura terus mengamalkan kepelbagaian agama. Di antara penduduk yang berumur 15 tahun ke atas pada 2020, sebanyak 31.1 peratus mengaku sebagai Buddha, 8.8 peratus (Tao), 18.9 peratus (Kristian), 15.6 peratus (Islam) dan 5.0 peratus (Hindu).
Jumlah mereka yang tidak beragama meningkat kepada 20.0 peratus pada 2020, berbanding 17.0 peratus pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
Populasi penduduk Singapura meningkat kepada 3.52 juta daripada 3.23 juta dalam tempoh ini, sementara penduduk tetap berjumlah sekitar 0.5 juta. - Gambar fail
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu kesesakan CIQ BSI, KSAB perlu diselesai tanpa kompromi - Tunku Mahkota Ismail
Isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) perlu diselesaikan tanpa kompromi.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Seorang maut dalam kebakaran flat di Singapura
Seorang maut dalam kebakaran di sebuah flat di Lorong Limau pada awal pagi Isnin, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.