awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah penduduk Singapura susut buat pertama kali sejak 17 tahun lalu

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
25/09/2020
15:20 MYT
Jumlah penduduk Singapura susut buat pertama kali sejak 17 tahun lalu
Menurut laporan bancian penduduk tahunan, kali terakhir jumlah keseluruhan penduduk Singapura termasuk rakyat, penduduk tetap, pekerja asing dan pelajar susut ialah pada 2003. - Gambar fail/BERNAMA
Buat pertama sejak 17 tahun, jumlah penduduk Singapura susut susulan kemelut ekonomi akibat pandemik COVID-19, yang menyaksikan pekerja asing berkurangan.
Jumlah keseluruhan penduduk susut 0.3 peratus kepada 5.69 juta setakat Jun lalu, berbanding 2019 akibat pengurangan pekerja asing di sektor perkhidmatan.
Menurut laporan bancian penduduk tahunan, kali terakhir jumlah keseluruhan penduduk Singapura termasuk rakyat, penduduk tetap, pekerja asing dan pelajar susut ialah pada 2003.
Ia menyaksikan pengurangan kepada 4.11 juta orang berbanding 4.18 juta orang pada tahun sebelumnya.
Jumlah bukan penduduk Singapura pula ialah 1.64 juta orang setakat Jun 2020, berkurangan 2.1 peratus berbanding Jun 2019 iaitu yang terendah sejak 2015.
Menurut laporan sama, senario itu berpunca daripada pandemik COVID-19 dan diburukkan lagi dengan kekurangan permintaan serta larangan perjalanan.
Sebaliknya, jumlah penduduk warga emas dengan usia sekurang-kurangnya 65 tahun pula meningkat kepada 16.8 peratus berbanding hanya 10.1 peratus pada 2010.
Kerajaan meramalkan golongan itu akan menyumbang kepada sekurang-kurangnya satu perempat daripada keseluruhan penduduk Singapura menjelang 2030.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#koronavirus
#pekerja asing
#Singapura
#susut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan