awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Junta Myanmar mula luluskan parti politik menjelang pilihan raya

Bernama
Bernama
17/07/2025
14:30 MYT
Junta Myanmar mula luluskan parti politik menjelang pilihan raya
Junta tentera Myanmar telah mula meluluskan penubuhan parti politik menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan di negara itu. - Foto hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Junta tentera Myanmar telah mula meluluskan penubuhan parti politik menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
Menurut penyiar rasmi MRTV, 27 permohonan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan untuk menubuhkan parti politik baharu.
Kementerian Penerangan memaklumkan bahawa junta telah meluluskan penubuhan Parti Keamanan dan Pembangunan serta Parti Generasi Baharu Wamsanu.
Namun, permohonan daripada Parti Kuasa Rakyat untuk Demokrasi, Parti Nasional Li Shaw dan tiga parti lain telah ditolak.
Setakat ini, 21 parti politik telah diluluskan.
Ketua junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing sebelum ini berikrar bahawa pilihan raya akan diadakan pada Disember tahun ini dan Januari tahun hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#junta Myanmar
#junta tentera
#luluskan parti politik
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan