awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2024
15:40 MYT
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) memaklumkan Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung. - Foto/Facebook Lionel Fatupaito
PARIS: Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) memaklumkan Fatupaito meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan seperjuangan Fatupaito yang meninggal dunia secara mengejut semalam," katanya dalam satu kenyataan.
IBA menyifatkan kematian Fatupaito sebagai satu kehilangan kepada dunia sukan.
"Dedikasi Lionel dan keghairahannya untuk sukan ini meninggalkan kesan yang sukar dilupakan oleh komuniti tinju.
"Legasinya akan berterusan bagi memberi inspirasi kepada generasi pada masa hadapan. Doa kami sentiasa bersama pasukan Samoa dan semua yang terkesan dengan kehilangan ini," katanya.
Difahamkan, jurulatih berusia 60 tahun itu diberikan rawatan kecemasan namun tidak berupaya untuk menyelamatkan Fatupaito dengan pejabat pendakwa raya tempatan mengklasifikasikan kematian bersifat 'semula jadi'.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#sukan tinju
#meninggal dunia
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan