SEORANG juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.
Kejadian itu didedahkan dalam laporan awal oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia, lapor AFP.
Menurut laporan itu lagi, salah seorang juruterbang tidak berehat secukupnya pada malam sebelum penerbangan.
Kira-kira setengah jam selepas pesawat itu berlepas, kapten pesawat meminta kebenaran daripada pembantu juruterbang untuk berehat seketika.
Pembantu juruterbang itu kemudian mengambil alih pesawat, tetapi secara tidak sengaja turut tertidur, kata laporan itu.
"Juruterbang kedua itu mempunyai bayi kembar sebulan. Isterinya menjaga bayi itu dan dia membantu semasa di rumah," kata laporan itu.
Beberapa minit selepas penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan oleh pembantu juruterbang, pusat kawalan udara di Jakarta cuba menghubungi pesawat itu, namun tiada jawapan.
"Dua puluh lapan minit selepas penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan, juruterbang itu bangun dan menyedari pembantu juruterbangnya sedang tidur dan pesawat itu tidak berada di laluan penerbangan yang betul.
"Dia segera membangunkan rakan sekerjanya, menjawab panggilan dari Jakarta dan membetulkan laluan penerbangan," kata laporan itu.
Seramai 153 penumpang pesawat Airbus A320 dan empat pramugari tidak mengalami kecederaan semasa penerbangan selama dua jam 35 minit itu dan ia selamat mendarat.
Penyiasat tidak mendedahkan identiti juruterbang, tetapi berkata mereka kedua-dua mereka warga Indonesia berumur 32 dan 28 tahun.
KNKT menggesa Batik Air mewujudkan prosedur terperinci untuk menjalankan pemeriksaan kokpit yang betul dan berkala serta memastikan juruterbang dan kru kabin berehat dengan baik sebelum penerbangan mereka.
Batik Air belum memberi sebarang reaksi ketika dihubungi AFP.
Agensi
Sat Mar 09 2024
Kejadian itu didedahkan dalam laporan awal oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia. - Gambar hiasan/ Australian Aviation
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air
Batik Air menyokong semakan PSC, yang dilihat sebagai pelaburan penting diperlukan.
Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air
Batik Air memberi jaminan kepada penumpangnya bahawa tiket yang dikeluarkan sebelum semakan semula PSC yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2024, adalah berdasarkan kepada kadar PSC semasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Batik Air diberi amaran keras susulan insiden juruterbang tertidur semasa penerbangan
Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan.
Juruterbang Batik Air tertidur di tengah penerbangan
Seorang juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.
Laluan baharu Batik Air Batam-KL rancakkan pelancongan Malaysia-Indonesia
Indonesia merupakan pasaran pelancongan utama untuk Malaysia berdasarkan hubungan budaya dan ketersambungan yang dikongsi bersama.
Penggabungan Mavcom, CAAM akan dibawa ke Parlimen tahun ini - Loke
Loke berkata perkara itu dijangka dibawa ke Parlimen tahun ini, sama ada pada sesi kedua atau ketiga.
Penambahan kapasiti penerbangan domestik bantu kerajaan stabilkan harga tiket penerbangan
Syarikat penerbangan harus tingkatkan persiapan bagi menghadapi pertambahan penumpang yang dijangka akan mencapai tahap seperti pra COVID-19