awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruterbang lakukan pendaratan cemas di ladang jagung, 233 nyawa terselamat

Agensi
Agensi
16/08/2019
00:01 MYT
Juruterbang lakukan pendaratan cemas di ladang jagung, 233 nyawa terselamat
Gambar diambil dari video dron yang menunjukkan pesawat Ural Airlines Airbus 321 melakukan pendaratan cemas di sebuah ladang jagung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky, di Rusia, 15 Ogos, 2019. REUTERS/Agensi Berita Moscow
Seorang juruterbang Rusia diangkat sebagai wira selepas berjaya menyelamatkan nyawa 230 penumpang selepas pesawat yang dikendalikannya merempuh sekumpulan burung camar dalam kejadian di Moscow pada Khamis.
Pesawat Ural Airlines Airbus 321 itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Zhukovsky di Moscow dalam perjalanan menuju ke Crimea, bagaimanapun sempat melakukan pendaratan cemas di sebuah ladang jagung.
Menurut kenyataan agensi pengangkutan Rosaviatsia, yang dilaporkan agensi berita RIA Novosti, ada antara burung-burung itu disedut masuk ke dalam enjin pesawat.
Kesemua 226 penumpang dan tujuh kru penerbangan diselamatkan menggunakan gelongsor getah.
Dalam pada itu, menurut laporan kementerian kesihatan negara berkenaan, seramai 23 penumpang di hantar ke hospital, namun tiada sebarang kecederaan serius melainkan seorang pesakit berusia 69 tahun yang memerlukan rawatan rapi.
“Ia berlaku terlalu pantas. Kami berlepas dan kemudiannya turun semula,” kata penumpang Irina Usacheva kepada sebuah stesen televisyen tempatan, Rossiya 24.
Menurut Svetlana Babina pula, rempuhan berkenaan boleh didengari dari dalam ruang penumpang sebelum enjin pesawat mengeluarkan bunyi bising yang pelik.
“Kami perlu memberi kredit kepada juruterbang itu. Dia melakukan pendaratan dengan begitu baik sekali,” katanya.
Sementara itu, juruterbang yang dikenali sebagai Damir Yusupov, 41 tahun, dari Yekaterinburg yang terletak di timur Pergunungan Ural, mendapat pujian atas kecekapannya berfikir untuk menyelamatkan semua penumpang.
"Kru Ural Airlines menunjukkan kemahiran yang baik dan cekap. Dia dan pasukannya berjaya menyelamatkan 233 nyawa. Mereka semua adalah wira,” kata Gabenor Yekaterinburg, Yevgeny Kuyvashev.
Topic Berkaitan
#burung camar
#enjin pesawat
#Juruterbang
#kru penerbangan
#ladang jagung
#Moscow
#pendaratan cemas
#penumpang
#pesawat
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan