awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruterbang maut helikopter padam kebakaran terhempas di Korea Selatan

Bernama
Bernama
26/03/2025
08:30 MYT
Juruterbang maut helikopter padam kebakaran terhempas di Korea Selatan
Seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di Uiseong ketika memadam kebakaran hutan. -Gambar fail/AP
UISEONG: Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di daerah Uiseong, tenggara Korea Selatan pada Rabu ketika berusaha memadam kebakaran hutan.

Ringkasan AI
  • Seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di Uiseong ketika memadam kebakaran hutan.
  • Helikopter jenis S-76 itu telah beroperasi selama kira-kira 30 tahun dan mampu membawa 1,200 liter air.
  • Perkhidmatan Perhutanan Korea menggantung operasi semua helikopter pemadam kebakaran buat sementara waktu.

Helikopter itu terhempas di kawasan pergunungan di Uiseong, kira-kira 180 kilometer tenggara Seoul pada 12:54 tengah hari waktu tempatan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Perkhidmatan Perhutanan Korea.
Juruterbang berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Helikopter jenis S-76 yang dibina pada 1995 itu mampu membawa 1,200 liter air dan telah beroperasi selama kira-kira 30 tahun.
Susulan insiden itu, Perkhidmatan Perhutanan Korea menggantung operasi semua helikopter yang membantu memadam kebakaran itu buat sementara waktu.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Korea Selatan
#juruterbang maut
#helikopter terhempas
#S-76
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan