awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100M T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruterbang maut jet pejuang F-16 terhempas

Bernama
Bernama
29/08/2025
06:40 MYT
Juruterbang maut jet pejuang F-16 terhempas
Kemalangan berlaku pada Khamis semasa latihan pasukan F-16 Tiger Demo Tentera Udara Poland. - Gambar/ Agensi
LONDON: Seorang juruterbang terbunuh pada Khamis apabila sebuah jet pejuang F-16 terhempas di tengah Poland, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik laporan media tempatan.

Ringkasan AI
  • Seorang juruterbang terbunuh apabila jet pejuang F-16 milik Poland terhempas semasa latihan menjelang Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom 2025, menjadikannya nahas pertama melibatkan F-16 dalam sejarah penerbangan negara itu.
  • Kemalangan berlaku sekitar 7.25 malam waktu tempatan semasa latihan pasukan F-16 Tiger Demo Tentera Udara Poland, dan disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz.
  • Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom yang dijadualkan berlangsung pada 30-31 Ogos telah dibatalkan susulan insiden tersebut.

Jet pejuang F-16 milik Poland itu terhempas semasa penerbangan latihan menjelang Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom 2025, lapor TVP World yang memetik sumber rasmi.
Kemalangan itu, nahas pertama melibatkan jet F-16 dalam sejarah penerbangan negara berkenaan, berlaku sekitar 7.25 malam waktu tempatan (1725GMT) semasa penerbangan latihan pasukan pertunjukan udara F-16 Tiger Demo Tentera Udara Poland.
Juruterbang itu terkorban, menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, yang telah ke lokasi kejadian dan memberi taklimat kepada Perdana Menteri Donald Tusk.
"'... ini adalah satu kehilangan besar bagi Tentera Udara dan seluruh Tentera Poland,'" kata Kosiniak-Kamysz di platform X.
Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom, yang dijadualkan berlangsung dari 30-31 Ogos, telah dibatalkan akibat nahas itu, menurut laporan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat F-16
#poland
#pesawat terhempas
#juruterbang selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan